Pages

Slider

Saturday, July 27, 2013

Fadhilah H : Perjalanan dalam Dunia Fotografi


Fadhilah H : Perjalanan dalam Dunia Fotografi

Semuanya bermula dengan minat mengambil gambar untuk koleksi peribadi sewaktu di sekolah menengah. Lama-kelamaan saya mula mengambil gambar yang lebih artistik, pada pandangan saya sahajalah. Pada orang lain, gambar-gambar tu tak ada makna. Gambar-gambar membazir filem. Oleh kerana waktu itu, fotografi masih di era filem, kos keseluruhan untuk membeli dan mencuci filem agak mahal. Segulung filem mencecah berbelas atau berpuluh ringgit. Nak hantar filem ke kedai untuk cuci satu hal lagi. Semua tu pakai duit saku sendiri. Minat kepada fotografi telah terbantut.

Bila dah masuk ke matrikulasi barulah kamera digital masuk ke Malaysia. Itu pun mahal tak ingat. Oleh sebab harganya yang mahal, saya masih lagi menggunakan kamera filem pada waktu tu. Dan, tak tahu kenapa, mungkin sebab saya sibuk dengan study, aktiviti riadah dan society agaknya (tipu je ni), tahun-tahun awal di main campus saya berhenti ambil gambar-gambar merepek yang tak ada makna tadi. Tapi saya banyak luang buang masa dengan melihat gambar-gambar student Malaysia di luar negara kat fotopages. Fotopages was the in thing during that time. Before flickr came in.

Tahun 2005, bila mana saya gunakan duit scholarship (jangan tiru please), untuk beli digital compact camera. My first ever digital camera was Nikon 5900 coolpix. Sampai sekarang ada lagi. Tapi tak pakai dah la. Siap ada black spot kat LCD screen sebab saya jatuh kena kejar monyet di Teluk Chempedak. Kamera tu of course la tak ada built in image stabilization semua tu kan. Nak guna ambil gambar close up (sebab macro mode pun tak ada), kena workout tangan dulu kasi kuat dan stable. Hahaha. Party mode kamera tu kegemaran saya. Waktu nak ambil gambar Kulliyyah of Pharmacy Raya Gathering (outdoor at night) tangan kena stable selama 3 saat. Sudahnya saya sorang sahaja yang berjaya ambil gambar tanpa gegar.

Top: Dome of the Rock Panoramic shot
Bottom: Antara gambar wedding yang diambil sebelum saya bersara dari wedding photograhy


Oleh sebab harga DSLR yang tak berapa masuk akal di awal kemunculannya, saya hanya mampu tengok kat majalah fotografi sahaja sampailah saya grad (September 2007). Bila dah kerja dekat setahun pun masih contemplating mahu beli DSLR atau tidak. Takut nanti underutilized dan sudahnya membazir. Akhirnya terbeli juga Nikon D60 with kit lens pada Julai 2008. Yerp, that was my first ever DSLR. Rupa-rupanya ada faedah juga beli. Bulan Oktober 2008 saya perlu ke Lucknow, India untuk kursus selama 5 hari. Ke India, tentunya tidak lengkap kalau tak singgah ke Agra kan? Jadi saya dan colleague bermalam extra dua malam untuk ke Agra dan juga pusing-pusing di sekitar New Delhi. 

Gambar-gambar di India memang tahap sangat beginner. Malu. Shoot pun pakai program/auto mode. Of course jauh sekali dari ciri-ciri travel photos. Gambar-gambar semuanya typical and boring postcard shots. Tapi saya jumpa niche saya sewaktu kat sana. Saya suka shoot architecture. Gambar-gambar architecture saya ada different point of view sedikit. Eceh. Sedikit je lah. Balik ke Malaysia, saya mula shoot architecture secara lebih serious dan mula menggunakan manual mode sepenuhnya. Ha ha ha. Poyo betul bunyinya.

Sayang sekali jodoh dengan D60 tidak bertahan lama. Selepas setahun, saya terpengaruh dengan iklan dan gambar-gambar di flickr yang membuatkan saya membeli D90. Kamera lama, D60 kemudiannya dijual kepada kawan. Waktu tu, saya dah selalu dipanggil untuk ambil gambar event office di hotel-hotel mewah (ayat tak boleh blah). Sememangnya saya memerlukan camera body yang tinggi kawalan kualiti ISO untuk tugasan tersebut. Hehehe. Menjelang Oktober 2009 saya beli pula UWA Nikkor 10-24mm  f/4.5-5.6 DX.  Nikkor 10-24mm ni saya guna sampai senggat kat focus ring dia luntur. One of the best UWA I’ve ever used, I must say.

Dengan D90, saya mula kembara ke serata Malaysia dan pelusuk dunia. Hahahah. Poyo. Memang, skill fotografi saya meningkat secara eksponensial sejak menggunakan D90. Tidaklah sia-sia saya bergegas ke kedai YL camera Jalan Pudu selepas habis waktu kerja untuk membeli D90 dahulu. :p With D90, i ventured into landscape photography and long exposure technique. Berhabis duit bagai beli tripod, shutter release dan filters. Tried shooting under pressure too when I was in Switzerland (for official duty) in October 2009.

Bila balik Malaysia, tengok gambar kat sana nampak tahap biasa-biasa sahaja. Frust. iFail. My first ever holiday trip yang puas hati bila tengok gambar-gambarnya adalah trip ke Sabah, Disember 2010. Selepas tu D90 diguna secara lasak. Saya bawa juga D90 dgn UWA ke Night Safari dan Universal Studio walaupun agak bulky dan cumbersome. Siap bawa tripod untuk shoot night landscape di Marina bay waktu Earth Hour. Agak merepek di situ kerana trip tu sebenarnya shopping trip. Waktu nak balik, sakit kepala nak muatkan barang dalam beg. Waktu tu saya nampak keperluan advance compact camera. Tapi masih degil tak mahu beli. :p

Later in July 2011, saya upgrade ke D700. Sudah lama jatuh cinta dengan white balance D700. Tapi oleh kerana ia full frame, harganya mahal dan lens yang ada sekarang tidaklah pula compatible. Maka, sekali lagi pengaliran wang yang banyak telah berlaku. Semua atas nama minat. D700 tersebut dibawa kembara ke bumi Palestin. The trip was my best ever travel experience, with numbers of memorable people and treasured memories.  Rasa mahu ke sana lagi. Mahu jadi local di sana.

Okay, coretan ni agak memboringkan. Asyik cerita pasal upgrade camera saja. Tu lah siapa suruh tak buat review betul-betul sebelum beli. Nasihat saya, always go for the best. Hahaha. No, go for the best that you can afford, not the one that you want to afford. Unless you are filthy rich, then just grab the best camera.

Masuk pula kepada cerita pencapaian saya dalam fotografi. Seriously, I am a lazy camera owner. Kena push macam mana pun, kalau tak ada mood saya tak akan rasmikan kamera yang baru beli. Biarlah kamera tu terperam dalam drybox. Masuk pertandingan fotografi pun malas. Jadi saya tak pernah menang apa-apa lagi sampai sekarang. Unlike my partner in Geekydruggist, she’s an avid photography contestant. Selalu masuk, dan berjaya menang macam-macam pulak tu. Haihh.

Ada satu gambar saya telah diminta oleh sebuah Museum di United States untuk tujuan charity fundraiser. Bukan untuk dijual atau dilelong, cuma untuk dipamer di ruang legar sewaktu fund raiser tersebut berlangsung. Sekeping gambar di kota Makkah juga telah disenarai pendek untuk dijadikan starting screen prayer app iphone. Selepas undian daripada testers, gambar saya bernasib baik dan telah dipilih sebagai starting screen app tersebut.

Apa lagi yang telah dicapai? The highlight was when I got featured in Srikandi Nikon, a segment in Majalah Fotografika Dec2012/Jan2013 edition. Pastilah gambar saya tenggelam dalam edisi tersebut sebab Shamsharin dan Kupih ada sekali. Buat malu saja hantar gambar yang kelam dan kusam. Gambar landscape saya majoritinya agak depressing. Kosong. Memang patutlah tak masuk pertandingan fotografi pun. Confirm orang depressed bila tengok gambar-gambar macam tu. Jarang sekali nak shoot macro atau close up bunga sebab saya bukan minah bunga.

Pernah berjinak-jinak dengan wedding fotografi. Tapi tak ada passion. Sorry mate, I shoot for fun and for personal interest. Shoot gambar orang yang tak kenal dalam kuantiti yang banyak isn’t my cup of tea. Kalau keluarga dan kawan terdekat lainlah halnya. Okay, sampai sini dulu coretan kembara fotografi saya. Nantikan coretan partner saya yang lebih riang-ria dan berwarna-warni dalam entri yang akan datang.


Yours,

Fadhilah H.



p.s: I still owe you guys samples from X100s right?  Sorry, sekarang belum ada decent shots. Perhaps in the coming entry.

0 comments:

Post a Comment

Stat Counter