Pages

Slider

Showing posts with label Khas. Show all posts
Showing posts with label Khas. Show all posts

Friday, January 2, 2015

6 days to two year old!

Bismillah

First and foremost, HAPPY NEW YEAR 2015! It has been a good 2014 for us; Fadhilah has finished her Master and already in Malaysia for good; and I have finished my office jobs in stipulated time (hahaha nak jugakk! :p)

Hopefully this year we'll become more awesome. 

Kullu amin wa antum bi khair! :D




Monday, August 19, 2013

PART ONE: Athirah S.: Hobbyist Photog Yang Menyesal Sebab Join Hobi Mahal

Bila nak update entry?
Bila nak bayar hutang geekydruggist?
Cepat update yours. Nanti raya takde readers

Garang betul partner sorang ni.  HA HA
So here is my story. Half of it. Later aku merepek lagi 800 patah perkataan. Mohon bersabar.
Sila baca. Baldi tak disediakan. HAHAHA


-----------------------------------------------------------------------


Helo semua. Good Morning wa Sobahal Khair.
Hari ni turn saya merepek and bercerita on how I started my journey on this bloody expensive hobby. Saya mohon maaf jika anda sudah juga terjebak dengan hobi mahal ini atau anda terus terpesona nak join fotografi lepas saya merepek di sini. Hak bercinta hak anda, dan anda punya pilihan mahu terus terjun ke lembah ini atau tidak. Hahaha! Sumpah saya tak kisah.


Well, where should I start entah. Aku takde plot penceritaan ni. Maka mungkin caca marba. Dan mohon maaf kalau endingnya macam drama melayu jam 9malam di TV3 yang mungkin cliché gila atau hambar. Lpeas itu kita semua pakat mengamuk dan membebel berjemaah di twitter for the crappy ending. Not me lah opkos. Somebody else! Hahaha!


I used to play with my dad’s camera. He owns a Canon A-1 and few lenses. I remember one of them was Tokina. He was a wedding photographer. And he loved taking our photos whenever we go for a holiday. The camera that he bought wasn’t that expensive, where he got it from Japan on his early working years. And I used to play with his tripod. Buat main doctor doctor kononnya. Baring bawah tripod berangan macam masuk dalam CT Scan. Lame I know -_- but that was the best thing of being a child. Bagi batu pun rasa seronok, aku rasa.



       Kamera Canon Abah 



 
         Kamera Seagull Abah


Dad had a camera bag that looked like a box. Very ‘squarish’ look. It was in brown color and the inside material was in green jed color. It has compartments too. I wasn’t very sure on what he had/done that time. But something had sparked in me since then. Unfortunately, the bag had been thrown away. Orang Sabah cakap barkulat sudah bah! Hasil selidikan aku di gugel, aku jumpa dua gambar bawah ni. The outside looks like yang atas and the inside material macam yang bawah. Pepandailah otak ngkorang gabungkan dua ni. Haha!






















Aku rasa, zaman yang mula mula aku suka main camera was darjah enam. Camera filem lagi je masa tu. Bawak p lawatan sambil belajar sekolah aku yang letaknya di JB and rombongan mak limah kami destinasinya Langkawi. Punya sayang dan konon-konon appreciate the film, I just took photos in the bus! Lepas dah cuci gambar, mommy membebel ‘kalau setakat ambil dalam bus, dekat sini (Johor Bahru) pun boleh!” hahaha. Nasib lah ma :P


Kemudian menginjak ke zaman sekolah menengah, aku tak main camera sangat. Sebab sekolah aku lame gila dengan rules yang berjela. You know we had this compilation of rules in a book, which was called as Nizam Makasib and everyone MUST buy one. Every Friday, ada sesi pengawas baca (read: membasuh minda suci kamil) dengan perkara-perkara berkaitan disiplin dalam buku tersebut. We had our merit system too. Entah hape-hape. Nasib baik aku survived. Maaf, tak dapat tidak mesti nak kutuk sekolah. Kutuk kutuk pun, situ jugaklah aku belajar 5 tahun dari form 1 sampai form 5. Dah lah berhantu sokmo takde air pulak tu. Ok, nanti kalau aku buat blog persendirian, mohon request cerita sekolah asrama aku ni. Boleh aku karang lima kertas kajang! LOL


Walau bagaimanapun, nizam makasib  tak mematahkan semangat aku nak amek gambar. Masa form 3, being a rebellious, bawak jugaklah camera digital 2MP brand apatah started with hurup M. It was the canggih-est sebab masa tu tak ramai pakai camera digital. Haha!
Nanti aku jumpa gambar kawan aku charge henpon dalam dorm dan gambar kitorang reramai kat kelas, aku post.
Masa form 4 pun sama. Just form 5 je aku tak bawak camera sebab masa tu aku pegang jawatan kat sekolah. Junior aku pesan kena pegang amanah baik-baik. So aku ni solehah jugak masa dulu. Ngkorang jangan bimbang. Haha!


Ok zaman kemuncaknya masa matrik UIA PJ. Ye akulah budak proud keluaran UIA.  In fact Fadhilah H was also from UIA. UIA ROXX! (promote free. Walau kami tak diberi donut percuma, kami OK!)


Masa tu babah belikan Canon A460 in blue. Seronok sebab boleh amek gambar merepek repek. Masa tu pulak bangga sebab crush pakai jenis camera yang sama. Tah pape tah. Jadi sedikit sebanyak aku rasa minat amek gambar develop dari kamera kompak ni. Zaman tu fon berkamera pun was so expensive.




End Part Uno


Teaser Part Two

Some of the photos I took in the early years with D60 








harap bersambung sebab aku tatau nak merepek apa lepas ni :P :P

Monday, August 5, 2013

Eid ul Fitr

Ps: gigih gila nak tulis Aidilfitri in Arab-English style. LOL


Kami di geekydruggist mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Kullu 'Amin Wa Antum Bil Khair.
Semoga dengan kedatangan Syawal ini membuahkan kasih sayang antara kita sesama insan.

Jangan lupa instakan gambar lemang ketupat dodol mahu pun kuih semperit tanda kita semua suka makan! Oyeah!




Saturday, July 27, 2013

Fadhilah H : Perjalanan dalam Dunia Fotografi


Fadhilah H : Perjalanan dalam Dunia Fotografi

Semuanya bermula dengan minat mengambil gambar untuk koleksi peribadi sewaktu di sekolah menengah. Lama-kelamaan saya mula mengambil gambar yang lebih artistik, pada pandangan saya sahajalah. Pada orang lain, gambar-gambar tu tak ada makna. Gambar-gambar membazir filem. Oleh kerana waktu itu, fotografi masih di era filem, kos keseluruhan untuk membeli dan mencuci filem agak mahal. Segulung filem mencecah berbelas atau berpuluh ringgit. Nak hantar filem ke kedai untuk cuci satu hal lagi. Semua tu pakai duit saku sendiri. Minat kepada fotografi telah terbantut.

Bila dah masuk ke matrikulasi barulah kamera digital masuk ke Malaysia. Itu pun mahal tak ingat. Oleh sebab harganya yang mahal, saya masih lagi menggunakan kamera filem pada waktu tu. Dan, tak tahu kenapa, mungkin sebab saya sibuk dengan study, aktiviti riadah dan society agaknya (tipu je ni), tahun-tahun awal di main campus saya berhenti ambil gambar-gambar merepek yang tak ada makna tadi. Tapi saya banyak luang buang masa dengan melihat gambar-gambar student Malaysia di luar negara kat fotopages. Fotopages was the in thing during that time. Before flickr came in.

Tahun 2005, bila mana saya gunakan duit scholarship (jangan tiru please), untuk beli digital compact camera. My first ever digital camera was Nikon 5900 coolpix. Sampai sekarang ada lagi. Tapi tak pakai dah la. Siap ada black spot kat LCD screen sebab saya jatuh kena kejar monyet di Teluk Chempedak. Kamera tu of course la tak ada built in image stabilization semua tu kan. Nak guna ambil gambar close up (sebab macro mode pun tak ada), kena workout tangan dulu kasi kuat dan stable. Hahaha. Party mode kamera tu kegemaran saya. Waktu nak ambil gambar Kulliyyah of Pharmacy Raya Gathering (outdoor at night) tangan kena stable selama 3 saat. Sudahnya saya sorang sahaja yang berjaya ambil gambar tanpa gegar.

Top: Dome of the Rock Panoramic shot
Bottom: Antara gambar wedding yang diambil sebelum saya bersara dari wedding photograhy


Oleh sebab harga DSLR yang tak berapa masuk akal di awal kemunculannya, saya hanya mampu tengok kat majalah fotografi sahaja sampailah saya grad (September 2007). Bila dah kerja dekat setahun pun masih contemplating mahu beli DSLR atau tidak. Takut nanti underutilized dan sudahnya membazir. Akhirnya terbeli juga Nikon D60 with kit lens pada Julai 2008. Yerp, that was my first ever DSLR. Rupa-rupanya ada faedah juga beli. Bulan Oktober 2008 saya perlu ke Lucknow, India untuk kursus selama 5 hari. Ke India, tentunya tidak lengkap kalau tak singgah ke Agra kan? Jadi saya dan colleague bermalam extra dua malam untuk ke Agra dan juga pusing-pusing di sekitar New Delhi. 

Gambar-gambar di India memang tahap sangat beginner. Malu. Shoot pun pakai program/auto mode. Of course jauh sekali dari ciri-ciri travel photos. Gambar-gambar semuanya typical and boring postcard shots. Tapi saya jumpa niche saya sewaktu kat sana. Saya suka shoot architecture. Gambar-gambar architecture saya ada different point of view sedikit. Eceh. Sedikit je lah. Balik ke Malaysia, saya mula shoot architecture secara lebih serious dan mula menggunakan manual mode sepenuhnya. Ha ha ha. Poyo betul bunyinya.

Sayang sekali jodoh dengan D60 tidak bertahan lama. Selepas setahun, saya terpengaruh dengan iklan dan gambar-gambar di flickr yang membuatkan saya membeli D90. Kamera lama, D60 kemudiannya dijual kepada kawan. Waktu tu, saya dah selalu dipanggil untuk ambil gambar event office di hotel-hotel mewah (ayat tak boleh blah). Sememangnya saya memerlukan camera body yang tinggi kawalan kualiti ISO untuk tugasan tersebut. Hehehe. Menjelang Oktober 2009 saya beli pula UWA Nikkor 10-24mm  f/4.5-5.6 DX.  Nikkor 10-24mm ni saya guna sampai senggat kat focus ring dia luntur. One of the best UWA I’ve ever used, I must say.

Dengan D90, saya mula kembara ke serata Malaysia dan pelusuk dunia. Hahahah. Poyo. Memang, skill fotografi saya meningkat secara eksponensial sejak menggunakan D90. Tidaklah sia-sia saya bergegas ke kedai YL camera Jalan Pudu selepas habis waktu kerja untuk membeli D90 dahulu. :p With D90, i ventured into landscape photography and long exposure technique. Berhabis duit bagai beli tripod, shutter release dan filters. Tried shooting under pressure too when I was in Switzerland (for official duty) in October 2009.

Bila balik Malaysia, tengok gambar kat sana nampak tahap biasa-biasa sahaja. Frust. iFail. My first ever holiday trip yang puas hati bila tengok gambar-gambarnya adalah trip ke Sabah, Disember 2010. Selepas tu D90 diguna secara lasak. Saya bawa juga D90 dgn UWA ke Night Safari dan Universal Studio walaupun agak bulky dan cumbersome. Siap bawa tripod untuk shoot night landscape di Marina bay waktu Earth Hour. Agak merepek di situ kerana trip tu sebenarnya shopping trip. Waktu nak balik, sakit kepala nak muatkan barang dalam beg. Waktu tu saya nampak keperluan advance compact camera. Tapi masih degil tak mahu beli. :p

Later in July 2011, saya upgrade ke D700. Sudah lama jatuh cinta dengan white balance D700. Tapi oleh kerana ia full frame, harganya mahal dan lens yang ada sekarang tidaklah pula compatible. Maka, sekali lagi pengaliran wang yang banyak telah berlaku. Semua atas nama minat. D700 tersebut dibawa kembara ke bumi Palestin. The trip was my best ever travel experience, with numbers of memorable people and treasured memories.  Rasa mahu ke sana lagi. Mahu jadi local di sana.

Okay, coretan ni agak memboringkan. Asyik cerita pasal upgrade camera saja. Tu lah siapa suruh tak buat review betul-betul sebelum beli. Nasihat saya, always go for the best. Hahaha. No, go for the best that you can afford, not the one that you want to afford. Unless you are filthy rich, then just grab the best camera.

Masuk pula kepada cerita pencapaian saya dalam fotografi. Seriously, I am a lazy camera owner. Kena push macam mana pun, kalau tak ada mood saya tak akan rasmikan kamera yang baru beli. Biarlah kamera tu terperam dalam drybox. Masuk pertandingan fotografi pun malas. Jadi saya tak pernah menang apa-apa lagi sampai sekarang. Unlike my partner in Geekydruggist, she’s an avid photography contestant. Selalu masuk, dan berjaya menang macam-macam pulak tu. Haihh.

Ada satu gambar saya telah diminta oleh sebuah Museum di United States untuk tujuan charity fundraiser. Bukan untuk dijual atau dilelong, cuma untuk dipamer di ruang legar sewaktu fund raiser tersebut berlangsung. Sekeping gambar di kota Makkah juga telah disenarai pendek untuk dijadikan starting screen prayer app iphone. Selepas undian daripada testers, gambar saya bernasib baik dan telah dipilih sebagai starting screen app tersebut.

Apa lagi yang telah dicapai? The highlight was when I got featured in Srikandi Nikon, a segment in Majalah Fotografika Dec2012/Jan2013 edition. Pastilah gambar saya tenggelam dalam edisi tersebut sebab Shamsharin dan Kupih ada sekali. Buat malu saja hantar gambar yang kelam dan kusam. Gambar landscape saya majoritinya agak depressing. Kosong. Memang patutlah tak masuk pertandingan fotografi pun. Confirm orang depressed bila tengok gambar-gambar macam tu. Jarang sekali nak shoot macro atau close up bunga sebab saya bukan minah bunga.

Pernah berjinak-jinak dengan wedding fotografi. Tapi tak ada passion. Sorry mate, I shoot for fun and for personal interest. Shoot gambar orang yang tak kenal dalam kuantiti yang banyak isn’t my cup of tea. Kalau keluarga dan kawan terdekat lainlah halnya. Okay, sampai sini dulu coretan kembara fotografi saya. Nantikan coretan partner saya yang lebih riang-ria dan berwarna-warni dalam entri yang akan datang.


Yours,

Fadhilah H.



p.s: I still owe you guys samples from X100s right?  Sorry, sekarang belum ada decent shots. Perhaps in the coming entry.

Stat Counter